"every day when you wake up,you're gonna choose what that day's gonna be-it can be suck,it can be amazing,it can be terrible or it can be good".
Upsss...ni bukan aku yg cakap,ni abang vocalist one republic yang cakap sebelum menyanyikan lagu Good Life.wakaka.
Emm...suck,terrible??mengapa??tak terima takdirkah? apa yang telah ditakdirkan Allah pada kita adalah yang 'TERBAIK' pada kita. Yang penting usaha dan tawakkal,insyaallah Allah tak akan sia-siakan usaha hambanya.
"Baik" sesuatu atau "buruk" sesuatu tidak boleh dinilai dengan selera atu emosi. Baik sesuatu atau buruk sesuatu itu di mata Muslim, perlu dipadankan dengan bimbingan wahyu.
"wekkk,buruknya wanita itu,mcm manalah lelaki tu bleh suka kat dia".
"ish,cikgu tu gelabah aa,aku dah jawab semua dah,bagi aku markah rendah gak!!".
"alaaa,masa nak pegi klas ni plak hujan turun,aduiisH"
Bila la manusia nak menerima semua yang di takdir kan dengan hati yang terbuka,tanpa rasa nak merungut.Kalau terungut pun sekurang2 nya istighfar lah. Kan bagus mcm ni:
"bahagianya pasangan tu,harapan aku,supaya aku bahagia lebih dari itu,insyaallah".
"alhamdulillah,rezeki aku dapat rendah.insyaallah masa depan aku akan usaha lagi".
"hujan,alhamdulillah.kalau balik kelas nanti hujan lagi,boleh tido dengan nyenyak,insyaallah,lama tak rasa tido di kala hujan". :)
Moga kita tergolong dalam orang yang beristighfar selepas 'ter'keluh,insyaallah.
"Sesungguhnya manusia diciptakan suka mengeluh. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Apabila mendapat kebaikan,dia kikir" (Quran: Al-Maarij 19-21).
-perlukah begini??sabarlah encik,rahmat Tuhan tak akan habis!-