Sedar tak sedar aku telah menghabiskan 11,698 jam di kelas dan 7922 jam di 'lecture' (berdasarkan apa yang tercatat dalam transkripsi ijazah) yang meghasilkan gelaran "Doctor of Medicine",alhamdulillah.
Apa yang lebih menarik perhatian aku dalam masa sebulan yang lepas ini adalah apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita.Apa yang menaikkan kemarahan kita.Apa yang menyatukan kita.Apa yang menjadi pesamaan di sebalik banyaknya perbezaan.Apa yang menyentuh naluri insani.Apa yang kita panggil keganasan.
Aku secara peribadi sangat tersentuh melihat pada semangat kawan-kawan di dalam FB yang sama-sama meletakkan gambar pro Palestin di ruangan 'profile picture' masing-masing.Masih ada semangat.Masih ada peduli.Alhamdulillah.
Menjenguk ke arah longitude dan latitude bumi yang lain,aku menjadi semakin bersemangat.Masyarakat dunia rupa-rupanya tidak tidur.Hampir seluruh dunia menyedari hakikat bahwa apa yang dilakukan oleh Kerajaan Zionis Yahudi ini memang tidak boleh diampunkan.
Melihat keadaan sekarang,masyarakat seakan-akan lupa tehadap apa yang telah berlaku sebulan yang lepas. Di FB pula,sibuk dengan status-status 'mengagungkan' dan 'merendahkan' apa yang mereka panggil bintang-bintang bola sepak.Aku bukan anti bola sepak,tapi aku anti pada 'pemujaan' bola sepak.Aku benci pada jeritan dan laungan sokongan berlebih-lebihan,makian,cacian yang keluar dari mulut pemuja-pemuja bola sepak.Aku benci pada manusia yang mengagungkan manusia.Aku benci pada manusia yang mengeluarkan kata-kata kesat pada manusia,hanya kerana si manusia itu gagal menjaringkan gol,hanya kerana si manusia itu gagal mempertahankan gol.
Aku benci pada manusia-manusia yang mengambil tahu bola sepak lebih dari agama dan saudara sendiri.
Janganlah biarkan diri kita asyik dengan keenakan sajian dunia hingga kita lupa kelazatan sajian akhirat yang takkan putus.Takkan habis.
Dimana semangat mahu mempertahankan saudara kita?Di mana semngat kita untuk membaca qunut nazilah?
Kita seakan-akan tidur,hanya sedar apabila dikejutkan oleh Zionis Yahudi.Sama seperti apa yang berlaku pada Januari 2009.Akhirnya semangat itu tidur,menunggu untuk dikejutkan kembali.
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang yang fasik."
(Quran Ali-Imran (3) : 110)
-doalah, dermalah!-
6 comments:
fam. aku setuju setiap patah perkataan dalam post mu kali ni fam.
adess..tkena sket btang hdung gue..hehe..tgk bola gak aku =.=" dan pkataan yg xptut kluar ,tubik jgk..aduih..btw jazakumullah pam =)
weyh, lupo nok oyap. aku nok copy post mu kali nih, ak nak letak dlm blog private aku. post mu ni perfect, kne ngn jiwa aku. boley dop?
din:alhamdulillah mu stuju,ngeh2.boleh je,tak dek masalah pung.
jat:apa lagi gunanya sahabat kalo bkn utk berpesan2.:).waiyyak.
slamat studi kawan2.
congrats 4 ur graduation..
PBB xble nk buat ape coz diorg under control kuasa veto..
islam xcukup kuat, n kaum2 yahudi tu mmg x t';lawan if sume org xbrani nk lwn, takut nyawa sndiri t'korban..
skrg dh mcm xwujud lg istilah mati syahid..
zaman dh b'ubah..
but, insyaAllah, Kemenangan islam t'besar tu akan tiba gak..
Memang di pemuda dinegara sendiri kurang cakna dengan hal ni berbanding dinegara luar. Mungkin hanyut dibawa arus pembangunan dan hiburan melampau. Tapi macam yg ku kata, semangat tu ada. Mungkin perlu ditiupkan selalu supaya tidak padam. Manusia kan mudah lupa.heh!
Post a Comment