Insyaallah malam ini aku akan bertolak ke Putrajaya untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan kerjaya aku di masa hadapan insyaallah.
Membelek-belek khazanah buku Ayah di dalam almari,mencari-cari buku yang menarik untuk di baca di kala keboringan nanti (haha,tiba-tiba rasa 'poyo' nak membaca) ,tiba-tiba ternampak satu buku yang betul-betul menarik perhatian aku. Haji Murat karya Leo Tolstoy, penterjemah Victor Pogadaev, di cetak di dalam Bahasa Melayu oleh DBP.
Sepintas lalu Kata Pengantar di baca,buku ini dalam fikiran aku,memang menarik.Menceritakan kisah seorang pejuang Chechen,Haji Murat. Penterjemahan novel ini dari Bahasa Rusia ke dalam Bahasa Melayu dilakukan secara terus oleh Victor Pogadaev,yang mana Pogadaev pernah menuntut di Universiti Malaya pada tahun 1970.
Rupa-rupanya, Bahasa Melayu ini tidak asing dan dikenali oleh masyarakat dunia termasuk Rusia yang terletak nun jauh di utara.Bangga!
Insyaallah 'target' aku di masa terluang ini,nak menghabiskan novel ini dan menonton filem "The Last Station",yang mengisahkan dilema Leo Tolstoy. Aaahhh!!! Kenapa semuanya Leo Tolstoy?? Haha...
~~doakan perjalanan aku ke Putrajaya menaiki bas Mahligai selamat~~

“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”
(surah Az-Zukhruf 13-14)
3 comments:
pam..aku dah bce novel ni mse duk intec..hehe..dalam bi la..mnarik gak..ingat lgi la sket2 crita dia lgu mano..hoho..btw..slamat mmbca..n slamat smuanya (^^,)
iyo??BI??la..sedap dok??Aku baca hok bm ni tak sedap sgtbahasa dia :(
salam...
nape awk x cite story dlm buku ni..
????
Post a Comment