Saturday, December 4, 2010

-Ya Allah,binakan aku satu rumah di Syurga-

"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaanmenghadapi kesulitan dan kesukaran" (Al-Balad:4)

Kesusahan memang akan mengiringi kehidupan seorang insan sampai nyawanya dicabut.Itu memang janji, itu memang kenyataan.
Itulah yang akan membezakan antara yang taat,yang sederhana taatnya dan yang tidak taat langsung.
Tapi Allah itu MAHA ADIL,setiap kesusahan akan diiringi dengan kemudahan.Tulang empat kerat, sepasang telinga, mata,otot-otot yang berkilo-kilo beratnya.
Semua itu tidak diciptakan sia-sia;salah satu hikmahnya,menggunakan setiap anggota yang dicipta untuk merungkai segala kesusahan yang dihadapi dengan izin ALLAH.


Rumah di dalam Syurga

“Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika dia berkata, “Ya Tuhanku, bangunkan untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya; serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.Dan Maryam puteri Imran
yang memelihara kehormatannya maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian dari ruh (ciptaan) Kami;dan dia membenarkan kalimat-kalimat Rabbnya dan Kitab-KitabNya dan adalah dia termasuk orang-orang yang taat” [at-Tahrim:11-12]

Sedang asyik khayal memikirkan banyak benda,tiba-tiba aku teringat ayat "Ya Allah binakanlah untukku sebuah rumah di dalam Syurga". Emm,fikir-fikir balik,layak ke aku seorang yang dhaif dan papa amalan ini untuk minta sebuah rumah dalam syurga.
Contohnya,kerja tak seberapa,kerja malas mintak nak gaji lebih dari majikan.
Betapa bertuah dua insan di dalam ayat ini, Asiyah binti Muzahim dan Maryam binti Imran.
Betapa banyak kesusahan yang telah mereka hadapi untuk melayakkan mereka mendapat tempat First Class dalam syurga.Memang berbalaoi!!
Kita yang hidup selesa, yang tak perlu berjuang untuk mempertahankan akidah, yang tak perlu bersusah payah untuk ke Masjid, tapi masih 'kadang-kadang' leka dengan tanggungjawab yang terpikul atas bahu.
Hidup selesa itu memang satu rahmat yang besar,tapi kadang-kadang hidup selesa itu la yang menyebabkan kemusnahan sesuatu golongan disebabkan kealpaan mereka terhadap misi dan visi juga tanggungjawab sebagai seorang muslim.
Kadang-kadang aku bertanya gak pada diri,apa yang aku dah buat sebagai makhluk yang memikul tanggungjawab yang besar ini??.Rasa seperti tiada.
Lantas soalan seterusnya, jadi apa yang aku aku bawa sebgai bekalan untuk aku bertemu Ar-Rahman Ar-Rahim nanti.

-Dunia itu penjara bagi orang mukmin-

Kesusahan

Kadang-kadang ditimpa kesusahan sedikit, diri ini terus 'down'!
Bayangkan bagaimana Asiah,Maryam seorang wanita (WANITA TUUU~~), dapat menahan kesusahan hidup dunia, masih kuat walaupun ditekan dan ditindas oleh pelbagai ragam kejahatan manusia.

Hidup di dunia ini memang susah, tapi ingat janji Allah, bersama susah itu,pasti ada senang.

Thursday, November 25, 2010

we still got time

-Bismillah-
"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa- dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

Merenung masa depan tak akan memberi apa-apa makna jika tak disertakan dengan keinginan untuk maju dan keinginan untuk melakukan pembaikan pada hasil yang telah sedia ada.
Begitu juga caranya untuk bermuhasabah...menghisab segala perbuatan,kemudian pembaikan dijalankan ke atas setiap inci kelemahan.
Begitu juga caranya untuk taubat;menyesal sahaja tidak cukup-perlu ada pembaikan (meninggalkan yang buruk dan berazam untuk tidak berpaling)
Setuju,sangat setuju..bukannya mudah untuk melakukan pembaikan.Kekadang niat sudah ada,tetapi terhenti di tengah jalan dek kerana tidak tinggi keazamannya.

"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya
bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun
bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya Tuhan kami, rahmat dan
ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang
bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang
bernyala-nyala, ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka kedalam surga 'Adn yang telah
Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak -bapak
mereka, dan istri-istri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah
Yang maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan)
kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari(pembalasan?)kejahatan pada hari
itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah
kemenangan yang besar." (QS.Ghaafir: 7-9).

-Ugutan-
Perjumpaan dengan supervisor HO tempoh hari betul-betul menakutkan aku.
"Bagi hoausmen2 yang graduated dari luar negara ,sila kerja keras sikit la,pencapaian anda masih di tahap tak memuaskan" (lebih kurang begitu la ucapan beliau).
Untuk mengatakan itu satu ugutan mungkin keterlaluan...mungkin itu adalah satu 'saranan' untuk lebik proaktif dan maju,insyaallah.

-Pertama Kali-
Gembira??Alhamdulillah.Pertama kalinya hadiah senyuman dari MO aku setelah mereka berpuas hati dengan summary case yang telah aku tulis.
"Apa awak rasa bila dapat tulis summary macam ni,seronokkan??Ni tak,tulis summary tah pah ape."
Setelah beberapa percubaan tak jadi,akhirnya alhamdulillah.haha.
(case: 56-year-old,orang asli lady. Day19 Post Exploratory Laparotomy.Post op diagnosis:Fecal Peritonitis secondary to perforated amoebic colitis)
Dapat satu perkataan orang asli, 'pejet'=sakit.:)

-Belanja sekali sekala-
Sempat juga aku ambil peluang 'menjamu nafsu makan' aku di kala kehangatan expo "Cheng Ho" di Kota Bharu. Walaupun apa yang aku beli tu bukan makanan Cina (terlalu ramai orang di kiosk makanan cina,malas nak menunggu),
tapi masih boleh mengenyangkan perut aku dan menggembirakan seisi keluarga,alhamdulillah.

~~merindui masa lampau,tapi kaki harus terus melangkah,dengan penuh kekuatan,dengan rahmatNya insyaallah~~







Tuesday, November 16, 2010

-aku kini episode 2-

-dimanakah aku-
Memikirkan betapa banyak nikmat Allah yang telah Allah kurniakan pada aku, terdetik di hati aku berapa banyakkkah rasa syukur yang telah aku panjat kepada Allah s.w.t.
Begitu lama aku tak duduk sejenak,berfikir tentang diri aku yang sebenar. Diri aku yang dan tujuan terciptanya aku.
Lupakah aku tentang kehebatan Al-Khaliq? Lemahnya aku, apa yang menerjah benak otak aku hanya la tentang kerja...kerja..kerja...
Penakutnya aku, apa yang mendebarkan aku hanya la takut dimarahi bos.HUh..Penat!!


-sasaran/matlamat/cita-cita-
Setelah mendapat straight A dalam segala macam 'exam', seseorang pelajar itu (khususnya tingkatan 5), akan meneruskan sasaran/matlamat/cita-citanya untuk melanjutkan pelajarannya ke peringat yang paling tinggi...
apa tidaknya, tangga gaji di zaman dunia modern ini, didasarkan di atas pencapaian
akademik seseorang makhluk itu (di baca manusia :) ).

Bagaimana pula sasaran/matlamat/cita-cita dihari muka,jika asyik sibuk dengan kerja, sehingga di dalam solat hanya "kerja" yang menjadi rukun qasad,ta'rud dan ta'yin (solat tak khusyuk) maka apa habuan yang di cari untuk di bawa bertemu Dia?


ya Allah, di dalam berjuang, jadikan iman sebagai pedangku, dan ikhlas sebagai perisaiku.


-betulkan niat-
Bukannya kerja yang aku nak persalahkan di sini, tetapi diri aku sendiri. Aku masih perlu mencari diri aku yang aku rasa telah hilang beberapa minggu yang lalu. Aku perlu fokus pada niat dan tujuan aku melakukan sesuatu. Di maki, di hamun, di tegur, semua yang dilakukan mereka hanya untuk membetulkan aku.
Aku tak perlu berasa gusar, kerana aku tahu apa yang aku lakukan hanya kerana Dia. Assesment Dia lah yang patut aku geruni, penilaian dari Dia la yang aku perlu bimbangkan.

Berborak dengan seorang surgeon sambil menyiapkan 'discharge summary', menyedarkan aku kerja bukan segala2nya.
Antara lain nasihat beliau "takpa anak ramai.meramaikan umat,bukan ramai saja,tapi kena ada quality. kita ni kerja,kerja jugak...tapi fikrah kena betul la"
Terhibur sejenak hati aku mendengar nasihat dari beliau ditambah dengan lawak-lawak hariraya qurban.
Sebelum adegan borak-berborak tu, dia baru me'reject' permohonan untuk CT scan yang aku kemukan untuk seorang patient. Alasan beliau kukuh, aku hanya mengangguk.haha.


-itu pun satu nikmat juga-
Tup,tup...salah seorang rakan aku nak tukar hari 'oncall' dengan aku. Alasan dia, kerana isterinya oncall pada hari tu,jadi dia nak biarlah dia dan isterinya oncall pada hari yang sama,sama-sama susah orang kata :)
Alhamdulillah, dapatlah aku beraya dengan keluarga tercinta.Raya haji pertama di Kelantan selepas 6 tahun.


loving heart, healing touch, insyaallah.


-terima kasih pada mereka-
Segala teguran-teguran, makian-mkian,umpatan-umpatan (kalau ada laa) yang aku terima saban hari, aku ucapkan terima kasih pada mereka.Hanya Allah yang dapat membalas.
Jika niat mereka untuk membetulkan dan menjadikan aku lebih tabah,jazakumullah khairan kathira aku ucapkan,
dan jika niat mereka untuk mengecil-ngecilkan kebolehan graduan dari Rusia ini,jika kami ini sebagai bahan ketawa bagi mereka disaat mereka berehat-rehat sambil menjamu selera,jazakumullah khairan kathira aku ucapkan.
Aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kami dan untuk mereka.
Aku akan berusaha memperbaiki diri dengan izinNya,insyaallah!!!

-TAQABBALALLAH MINNA WA MINKUM-
-SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA-



Thursday, November 4, 2010

-aku kini-

Cita-cita aku dulu,walau sesibuk mana pun,aku akan meluangkan masa 15minit-30 minit untuk menaip pos baru bagi mengisi blog yang tak seberapa ni.Ahh,malangnya tak kesampaian.
Aku akan cuba juga untuk menyuburkan kembali cita-cita yang pernah aku semai dulu,insyaallah.

-aku kini-
Apa yang aku nanti-nantikan dengan debaran telah aku lalui dan kini memasuki minggu yang keempat,alhamdulillah.
Memang benar cerita-cerita senior,kerinduaan pada zaman universiti dulu memang hadir,apa tidaknya bekerja dari 7 pagi hingga 12 malam untuk 2 minggu,
kaki sakit dan bengkak,makan tidak sempat,yang paling teruk,ketika solat hal-hal pekerjaan datang menerjah kepala otak,lantas hilang kemanisan dan khusyuk dalam solat.

Tapi,alhamdulillah selepas tamat masa 2 minggu pertama alam pekerjaan,hidup semakin teratur,ada masa rehatnya,tenangnya terasa kembali,ditambah pula dengan kesempatan bercuti hari jumaat.

2 minggu pertama bekerja di HRPZ 2 memang banyak mengundang stress pada masa yang sama banyak benda yang aku belajar.
Antara benda-benda baru yang aku dapat:
1) menentukan jenis-jenis botol yang betul untuk ujian-ujian darah yang berlainan.
2) menentukan borang-borang yang berlainan untuk ujian-ujian yang berlainan
3) mempelajari singkatan-singkatan perkataan yang diguna pakai dalam dokumentasi dan perbincangan medik
4) belajar cara untuk merujuk kes kepada jabatan dan hos
5) cara untuk mendapatkan tarikh Ultrasound/CT scan
6) cara untuk menempah operation theatre
7) belajar untuk mendengar dengan teliti dan menulis dengan cepat
8) berusaha untuk membiasakan diri dengan suasana kerja yang pantas

-yg paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang bertaqwa-

Harapan aku walau sesibuk mana kerja, aku masih ada masa untuk menunaikan tanggugjawab aku sebagai hamba Al-Khaliq dan sebagai anak insyaallah.

Setiap pagi akan ada benda-benda yang mamacu laju ke benak fikiran aku yang mengaktifkan 'sympathetic nerve' dan dengan izin Allah menyebabkan jantung aku berdegup dengan pantas.
Setiap pagi juga,aku tahu jika aku buat sesuatu kerana Allah dan mengharapkan balasan dari Allah, segala-galanya akan berjalan lancar, dan jika tidak lancar,aku masih mendapat balasan kerana apa
yang aku buat, I dedicate it all to Allah-alhamdulillah jiwa aku tenang semula.

Nasihat dari aku (yang baru sebulan jagung dalam profession ini) kepada adik-adik yang berada dalam bidang ini, mantapkan knowledge, master all the basic things, rajin-rajinlah membaca bahan-bahan
bacaan,buku-buku international.
Dan kepada semua,niatkan apa yang kita buat hanya kerana Allah-bukan kerana nak menonjolkan prestasi @ memuaskan hati bos.Jika prestasi bagus dan bos berpuas hati,itu hanya bonus yang dianugerahkan oleh Allah.



Sunday, September 5, 2010

Kepada sahabaku Wan yang kematian ibunya pagi tadi, takziah aku ucapkan. "Wan,Kuatkan dirimu, sabarlah yang paling baik untukmu. Aku yang berada jauh darimu hanya mampu mendoakan kebaikan ke atas kamu dan ibumu."

"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya"


"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan kesabaran dan solat..." 2:45


Tuesday, July 27, 2010

Allah guides those whom He will

It has been 3 weeks since my return from Volgograd to Kota Bharu.Thing that surprised me the most was that my mother bought/cooked mostly everything which i had in mind :).

To surf internet in Malaysia is actually quite depressing due to the slow speed compared to Volgograd.(thank god at least there's something that i miss in volgograd,haha).

But alhamdulillah,surprisingly today the internet (i choose to use my brother's celcom instead of my father's Stremyx.Streamyx service is very disappointing) works unexpectedly faster than yesterday,which allows me to watch more than 5 videos (from youtube of course),including one that runs 59minutes and 11 secs!!impressive ha??!

The video was about a talk entitled "Muslims in America" (link: http://www.youtube.com/watch?v=4--DUCwjZfw&feature=channel) ,discussing things like how they perform their 5 times prayer on their daily basis,what it is like to be a muslim after 9-11,about aurah, about what QUran stands towards infidels and many others.

It sounds typical,isnt it?

But there are things that really make me want to watch it till the end.

First:about the americans themselves.The talk actually was organized by the Pennsylvania University and people from different ethnics and religions joined the talk,to,I might say,enrich their knowledge about islam.How the talk connected people.How the americans are so open,they listen.ask questions.

Second:I was impressed by one of the panels namely Jordan Lane
She started to learn about Islam when she was 15.She had her first quran when she was 15. The fact that she didnt know any muslim, the fact that she was brought up in a Christian family,christian environment but managed to learn about Islam really amazed me.

"It is true thou will not be able to guide everyone whom thou lovest: but Allah guides those whom He will and He knows best those who receive guidance." (The Quran 28:56)

It really shows that nothing can stop us from enriching ourselves with knowledge.The change from not-knowing to becoming an expert, from evil to good,it all starts from ourselves.It us,who,have to change ourselves!

"Verily never will Allah change the condition of a people until they change it themselves (with their own souls)." (The Quran 13:11)

Quoting from Jordan Lane about Hijab: "i personally believe that its required.i also think that,even if it werent required,its a part of you,it reminds you who you are,it tells other people who you are,in many ways that give poeple ideas how to treat you and sometime, thats bad but most of the time thats good...it puts the emphasis on something other than pyhsical".

I enjoy reading,watching,listening to stories about converts:how they know and learn about Islam,how they survive being a muslim in a non-islamic environment,how people react towards their conversions.It really makes me
appreciate my religion more.Alhamdulillah, I am a Muslim.


Dr. Ingrid Mattson
(President of Islamic Society of North America, pHD in Islamic Studies. A convert)

Wednesday, July 14, 2010

-Haji Murat-

Insyaallah malam ini aku akan bertolak ke Putrajaya untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan kerjaya aku di masa hadapan insyaallah.

Membelek-belek khazanah buku Ayah di dalam almari,mencari-cari buku yang menarik untuk di baca di kala keboringan nanti (haha,tiba-tiba rasa 'poyo' nak membaca) ,tiba-tiba ternampak satu buku yang betul-betul menarik perhatian aku. Haji Murat karya Leo Tolstoy, penterjemah Victor Pogadaev, di cetak di dalam Bahasa Melayu oleh DBP.

Sepintas lalu Kata Pengantar di baca,buku ini dalam fikiran aku,memang menarik.Menceritakan kisah seorang pejuang Chechen,Haji Murat. Penterjemahan novel ini dari Bahasa Rusia ke dalam Bahasa Melayu dilakukan secara terus oleh Victor Pogadaev,yang mana Pogadaev pernah menuntut di Universiti Malaya pada tahun 1970.

Rupa-rupanya, Bahasa Melayu ini tidak asing dan dikenali oleh masyarakat dunia termasuk Rusia yang terletak nun jauh di utara.Bangga!

Insyaallah 'target' aku di masa terluang ini,nak menghabiskan novel ini dan menonton filem "The Last Station",yang mengisahkan dilema Leo Tolstoy. Aaahhh!!! Kenapa semuanya Leo Tolstoy?? Haha...

~~doakan perjalanan aku ke Putrajaya menaiki bas Mahligai selamat~~

“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!”

(surah Az-Zukhruf 13-14)


-dalam BM lain gambar depannya.Cop!!tak leh klik pun,malas nak edit.haha-

Tuesday, July 6, 2010

ikhlas dariku untukmu....

Alhamdulillah,selamat sampai di bumi bertuah Kelantan.
Walaupun sudah banyak kali menaiki kapal terbang,tapi masih ada rasa takut dalam diri aku,lebih-lebih lagi apabila ada isyarat angin "turbulence" dan penumpang-penumpang diminta memakai tali pinggang dan duduk ditempat masing-masing.

MasyaAllah, betapa besar tanggungjawab pilot dan pembantunya untuk mengawal pesawat MH 17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dalam keadaan cuaca buruk,membawa sejumlah besar penumpang ke destinasi dengan selamat. Apa yang membanggakan aku,Kapten pesawat tersebut seorang Islam. Jazakallah kepada Kapten.

Kepada sahabat-sahabat,adik-adik yang sanggup meluangkan masa menghantar kami ke airport Volgograd...jazakumullah khairan kathira kepada semua. Perpisahan ini bukan bermaksud putusnya ikatan yang telah dibina.Perpisahan ini bukan bermaksud kita tidak akan berjumpa. Perpisaan ini sebagai satu baja,untuk menyuburkan ikatan yang telah terjalin. Sejauh mana kita hargai ikatan itu. Doakan supaya ikatan itu subur dengan rahmat Allah. Doakanlah sahabat-sahabat,bertanya khabarlah.

Walaupun aku tahu praktikal itu tidak seperti yang dibayangkan,tapi harungilah dengan hati yang sabar,jangan banyak rungutan. Masa-masa terluang, isilah dengan benda-benda bermanfaat untuk bekalan di "sini" dan ke "sana".









"Anas Radhiallaahu anhu meriwayatkan, “Ada seorang laki-laki di sisi Nabi Shalallaahu alaihi wasalam. Tiba-tiba ada sahabat lain yang berlalu. Laki-laki tersebut lalu berkata, “Ya Rasulullah, sungguh saya mencintai orang itu (karena Allah)”. Maka Nabi Shalallaahu alaihi wasalam bertanya “Apakah engkau telah memberitahukan kepadanya?” “Belum”, jawab laki-laki itu. Nabi bersabda, “Maka bangkit dan beritahukanlah padanya, niscaya akan mengokohkan kasih sayang di antara kalian.” Lalu ia bangkit dan memberitahukan, “Sungguh saya mencintai anda karena Allah.” Maka orang ini berkata, “Semoga Allah mencintaimu, oleh sebab engkau mencintaiku karena-Nya.”
(HR. Ahmad, dihasankan oleh Al-Albani).

Monday, June 21, 2010

semangat yang perlu dikejutkan

fuh,fuh~~~.Meniup debu 'pada blog' (tipu je nie,hehe) setelah lama tidak menjenguk dek kerana sibuk dengan 'final exam' yang alhamdulillah berjaya dilalui.
Sedar tak sedar aku telah menghabiskan 11,698 jam di kelas dan 7922 jam di 'lecture' (berdasarkan apa yang tercatat dalam transkripsi ijazah) yang meghasilkan gelaran "Doctor of Medicine",alhamdulillah.
Apa yang lebih menarik perhatian aku dalam masa sebulan yang lepas ini adalah apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita.Apa yang menaikkan kemarahan kita.Apa yang menyatukan kita.Apa yang menjadi pesamaan di sebalik banyaknya perbezaan.Apa yang menyentuh naluri insani.Apa yang kita panggil keganasan.
Aku secara peribadi sangat tersentuh melihat pada semangat kawan-kawan di dalam FB yang sama-sama meletakkan gambar pro Palestin di ruangan 'profile picture' masing-masing.Masih ada semangat.Masih ada peduli.Alhamdulillah.
Menjenguk ke arah longitude dan latitude bumi yang lain,aku menjadi semakin bersemangat.Masyarakat dunia rupa-rupanya tidak tidur.Hampir seluruh dunia menyedari hakikat bahwa apa yang dilakukan oleh Kerajaan Zionis Yahudi ini memang tidak boleh diampunkan.
Melihat keadaan sekarang,masyarakat seakan-akan lupa tehadap apa yang telah berlaku sebulan yang lepas. Di FB pula,sibuk dengan status-status 'mengagungkan' dan 'merendahkan' apa yang mereka panggil bintang-bintang bola sepak.Aku bukan anti bola sepak,tapi aku anti pada 'pemujaan' bola sepak.Aku benci pada jeritan dan laungan sokongan berlebih-lebihan,makian,cacian yang keluar dari mulut pemuja-pemuja bola sepak.Aku benci pada manusia yang mengagungkan manusia.Aku benci pada manusia yang mengeluarkan kata-kata kesat pada manusia,hanya kerana si manusia itu gagal menjaringkan gol,hanya kerana si manusia itu gagal mempertahankan gol.
Aku benci pada manusia-manusia yang mengambil tahu bola sepak lebih dari agama dan saudara sendiri.
Janganlah biarkan diri kita asyik dengan keenakan sajian dunia hingga kita lupa kelazatan sajian akhirat yang takkan putus.Takkan habis.
Dimana semangat mahu mempertahankan saudara kita?Di mana semngat kita untuk membaca qunut nazilah?
Kita seakan-akan tidur,hanya sedar apabila dikejutkan oleh Zionis Yahudi.Sama seperti apa yang berlaku pada Januari 2009.Akhirnya semangat itu tidur,menunggu untuk dikejutkan kembali.
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang yang fasik."
(Quran Ali-Imran (3) : 110)





-doalah, dermalah!-


Friday, May 21, 2010

keluh,mengeluh,keluhan??!!

kopi+susu panas diteguk,huh,nikmat sungguh alhamdulillah.......

"every day when you wake up,you're gonna choose what that day's gonna be-it can be suck,it can be amazing,it can be terrible or it can be good".

Upsss...ni bukan aku yg cakap,ni abang vocalist one republic yang cakap sebelum menyanyikan lagu Good Life.wakaka.

Emm...suck,terrible??mengapa??tak terima takdirkah? apa yang telah ditakdirkan Allah pada kita adalah yang 'TERBAIK' pada kita. Yang penting usaha dan tawakkal,insyaallah Allah tak akan sia-siakan usaha hambanya.

"Baik" sesuatu atau "buruk" sesuatu tidak boleh dinilai dengan selera atu emosi. Baik sesuatu atau buruk sesuatu itu di mata Muslim, perlu dipadankan dengan bimbingan wahyu.


"wekkk,buruknya wanita itu,mcm manalah lelaki tu bleh suka kat dia".


"ish,cikgu tu gelabah aa,aku dah jawab semua dah,bagi aku markah rendah gak!!".


"alaaa,masa nak pegi klas ni plak hujan turun,aduiisH"


Bila la manusia nak menerima semua yang di takdir kan dengan hati yang terbuka,tanpa rasa nak merungut.Kalau terungut pun sekurang2 nya istighfar lah. Kan bagus mcm ni:


"bahagianya pasangan tu,harapan aku,supaya aku bahagia lebih dari itu,insyaallah".


"alhamdulillah,rezeki aku dapat rendah.insyaallah masa depan aku akan usaha lagi".


"hujan,alhamdulillah.kalau balik kelas nanti hujan lagi,boleh tido dengan nyenyak,insyaallah,lama tak rasa tido di kala hujan". :)


Moga kita tergolong dalam orang yang beristighfar selepas 'ter'keluh,insyaallah.
"Sesungguhnya manusia diciptakan suka mengeluh. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah. Apabila mendapat kebaikan,dia kikir" (Quran: Al-Maarij 19-21).





-perlukah begini??sabarlah encik,rahmat Tuhan tak akan habis!-





Tuesday, May 11, 2010

so close, even closer than vein...

oh,oh my God,I'm such an idiot, I completely forgot.
It's cool.
Oh,I'm so sorry.How was it?
Great!!Fine!Good!
And our dinner!!I missed our fancy dinner!
It's cool. Beside your were clearly busy with someone across the street.
Oh no,he..we were at work and then there was a big blow-up so he left.
Awesome...I'll see you later..
Wait,what are you doing?
What does it look like?
just..let me explain!
what exactly needs explanation?The fact that I've been waiting around like a moron, hoping that one day you'll actually feel about me the way I feel about you. The fact that you so obsess with your future, that you completely forget about everyone you suppose to give a S*** about. I'm not waiting anymore. I'm done. I may not know exactly what my future looks like,but i do know one thing..you're not in it.

2 years later.

From what had happened between him and Eleena,Brandon realized. Its not Eleena's love that makes him sleeps soundly. Its not Eleena's love that makes him calm and tranquil.

It's Allah's LOVE. It's ALLAH,the most gracious the most merciful.Allah, who knows everything, who is close to him, even closer than his vein.



"And indeed We have created man, and We know whatever thoughts his inner self develops, and We are closer to him than (his) jugular vein" (Quran 50:16)


"And when My servants ask you about Me, I am indeed near, I respond to the invocations of the supplicant when he calls on Me. So let them obey Me and believe in Me, so that they may be led aright." (Quran 2:186)



-Allah loves you!-

Monday, May 3, 2010

MARAH!

Marah??
aku pemarah ke aaa??
pernah ke aku tengking orang?
sapa prnah kena marah ngan aku??
apa beza merajuk ngan marah??
Tiba2 nak tulis pasal marah.
Pernahkh anda rasa nak marah?selalu atau sekali sekala?
apakah threshold marah anda,tinggi atau rendah?
Alkisahnya aku pernah menengking tukang cuci hostel.Kisahnya begini,aku sedang menggoreng sesuatu..aku rasa ayam goreng madu masa tu.Tiba-tiba makcik itu datang dan membebel2 tehadap aku yg bermaksud 'apa awak goreng ni,hitam legam ni,carcinogen ni'. Bebelan yang melarut2 ditabah pula ngan pitchingnya yg tinggi tu meloyakan kepala otak aku dan aku rasa mcm nak burst.Dah slesai aku menggoreng dia meloyakan aku lagi dgn kata2nya yg menuduh aku tidak basuh kuali yg aku guna itu.Dengan kekuatan yg entah dari mana aku menengking makcik itu dlm bahasa russia dengan maksudnya "saya nak basuh la ni!!!!'Tiba2 flormate aku trkejut beruk ngan jeritan itu,keluar dan menenang kan aku.
Bila fikir2 balik,kenapa aku rasa cepat sgt nak burst masa tu.Tak boleh ke aku buat pekak dan hanya senyum sahaja,seprti mana aku sekarang,iaitu buat bodoh shj trhadap bnda yg tidak disukai.
Secara kesimpulan.ada 3 jenis orang.
1)orang yang senang marah dan susah pula redanya.
2)orang yang susah marah tapi susah pula redanya.
3)orang yg susah marah dan senang pula redanya.
Sabda nabi dari Abu Hurairah, seorang lelaki berkata pada nabi "Berilah wasiat padaku.
Nabi jawab "Janganlah marah". Dan mengulanginya beberapa kali.
Sabdanya "Janganlah marah". (Riwayat Bukhari).
Jadi,tak leh marah langsunglah?? NO!!
Kalau diceroboh agama dan peribadi, kena lah marah dik oi!

"Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan yang ditunjukkan kepadamu dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah sahabat karibmu."
(Quran:Fussilat (41):ayat 34)

Mulianya agama Tuhanku!


Megharapkan Tuhanku menggolongkan aku dalam golongan orang yang susah marah dan senang pula untuk reda.

Sunday, April 25, 2010

Tanda2 sudah dekat nk balik malaysia..

1)exam sudah dekat (WAAAAA!!!!)
-tido aku jadi tak lena...
-bila buka buku/soalan/case problems,jadi bedebar2..(banyak nye aku tak tahu!!!)
-kawan2 semua 'kiasu2',mereka start cari materials apa nk dibaca,mula bertanya bila nak buat intensive study group,start menyoal2..(berpeluh!)

2)Bekalan Milo tinggal beberapa 'habuk' sahaja lagi (mengapakah milo tiada tandingan kesedapannya?)

3)Bekalan maggie tinggal 2,3 bungkus lagi (botak la kepala ni, makan byk sgt maggie)

4)Aku mula terbayang2 nak makan apa balik nanti (sedapnya nasi dagang and gulai ketam mama!!)

5)Rindu terhadap rumah makin membuak2 sampai termimpi2 (huh,mau tgk Iman yg dikatakn putih itu ;))

6)mula terpikir2 nak beli apa dari sini,nk bawak balik malaysia (errk,duit pun tak dak,apa mau bli?)

7)bila talipon rumah mama selalu tanya 'baju2,barang2 kemas doh ke?'..wakaka

Kuat sungguh rindu pada tempat asal...
Jika beginilah rindu untuk bertemu ALLAH,
Jika beginilah rindu untuk bertemu Rasullullah...alangkah indahnya!!

Ya ALLAH,permudahkanlah urusan ku,
Istiqamahkanlah diriku dalam mentaati-MU,
Kurniakanlah kebaikan pada duniaku dan akhiratku..AMIN.




oh...exam!

Barang siapa bertakwa pada Allah,Dia akan membuka jalan padanya.

dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.

dan barangsiapa bertawakkal pada Allah,Allah akan mencukupkan keperluannya.

sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya.

sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.

(Attalaq 2-3).

Friday, April 23, 2010

Ayuh!

Sabda nabi,
Seorang mukmin tidak dipatuk dalam satu lubang yang sama dua kali,
Tapi tak siapa pun ambil peduli.
Al-quran entah ke mana,
Hadis ambil yang disukai sahaja,
Tak berpegang teguh pada kedua-duanya.
Hancur khilafah,
berleluasa fitnah,
bertubi-tubi musibah,
Tolonglah muhasabah!!.
Malapetaka politik,
Malapetaka budaya,
Malapetaka pengadilan,
Malapetaka pendidikan,
Malapetaka ideologi,
Malapetaka ekonomi,
Salah siapa semua ni??!!.
Ayuh teman,
sama-sama berjuang,
Dalami Al-quran,
Selami sunnah junjungan,
Tak mahukah kalian naungan Tuhan?!.



“Barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka Allah akan memberikan pemahaman yang dalam terhadap agamanya”. (Riwayat: Bukhari-Muslim)

Friday, April 16, 2010

susahnya....

Allahuakbar.Allahuakbar kabira walhamdulillahi kathira.....
--nk masak apa hari ni,gulai ikan ke gulai ayam??--

subhana rabbi alazim...
--sdapnyo balik mlesia ni,tak sabar,tapi exam dekat doh,cuaknyo--

samia'llahu liman hamidah,rabbana lakal hamd..Allahuakbar...
--eh,aku letak kat mana passport tadi--

attahiyyat ulmubarakat ussalawatu ttayyibatu lillah....
--lama doh tak call rumah ni,call a jap pasni--

assalamualaikum warahmatullah,assalamualaikum warahmatullah.

astaghfirullah,astaghfirullah,astaghfirullah

susahnye nk khusyuk, ya Allah,berjayakah aku??


"Sesungguhnya berjayalah mukmin-mukmin. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solat mereka”.(al-Mukminun 1-2)"




-ya allah,khusyukkanlah aku dalam solatku-

Thursday, April 15, 2010

cerita *****

tah: afham2, ***** tunggu bowoh....
aku: aik,bkpo dia tak call..kalu nk mari sokmo dia call
tah: dia pakai hs baru,tak dek no mu....

dgn berpakaian 'uniform masak' aku turun,dalam hati berbicara sndiri 'eh,lamo doh tok jupo dio,bkpo lamo tok mari'

*****: assalamualaikum brat,kak dela??kak ucheba??
--apa khabar akhi??shat ke??belajar mcm mana??--
aku: alhamdulllah vseo narmalna....
--standard jwapan dari 1st yr smpai 6th year,wakaka--

selepas slesai semua urusan,dia mula bercerita......

*perbualan diterjemah kedalam bahasa ibunda penulis dgn makna "lebih kurang"*

"Saya tak dtg lama,balik kampung isteri saya,ayah isteri saya sakit,dah meninggal..sakit cirrhosis liver. Mak mertua saya dah lama meninggal,lepas tu bapak mertua saya mula minum arak..tapi alhamdulillah di akhir2 hayat dia,dia solat,berdoa,isteri saya bacakan al-Quran kepada dia dan alhamdulillah dia sempat mengucap"
dia menyambung lagi...
"alhamdulillah isteri saya sabar,cuma adik ipar saya emotional sikit,tapi alhamdulillah selepas pemergiaan bapak dia start pakai tudung,belaja solat.
kita tak tau bila kita mati,muda tua,kerja-kerja jugak,tapi agama kena jaga....."
MORAL OF THE STORY
1) hidayah akan datang kalau ALLAH takdirkan.
“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Alloh memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Alloh lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (al-Qashash: 56).
2)tidak patut seorang muslim untuk berputus asa terhadap ALLAH
"Wahai hamba-hambaKu yang melampui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"(az-Zumar, 39:53)
3)duduk celah cerok mana pun,Izrail boleh dtg bila2 untuk 'menjemput' dengan perintah ALLAH
"Dan Allah tidak akan menangguhkan seseorang apabila datang ajalnya. Dan Allah adalah al-Khabir (Maha Mengerti/Mengenal) akan apa yang kamu kerjakan."Al-Munafiqun:11

4)walaupun lahir dan hidup di negara kafir,tapi ALLAH memberi kekuatan pada ***** utk trus brpegang pd akidah benar ini.kalau aku,mampukah??


Wednesday, April 14, 2010

bismillah...

SEJARAH
-bermula 2006
-sempat menulis 3 posts
-men'delete' kesemua 3 posts
-sebab tak menulis?~wallahu a'lam~

SEKARANG
-semangat utk merapu kat sini berkobar2 kembali,
-padahal exam nk dekat,byk lg tak studi..huh~~~
-sebab smgat nak merapu?~mcm best tgk org ada blog~wallahu a'alm~

MASA DEPAN
-harapnya tak hangat2 najis ayam
-semoga bermanfaat,insyaallah
-~wallahu a'lam~


~~dengan nama ALLAH aku melangkah~~