Tuesday, November 16, 2010

-aku kini episode 2-

-dimanakah aku-
Memikirkan betapa banyak nikmat Allah yang telah Allah kurniakan pada aku, terdetik di hati aku berapa banyakkkah rasa syukur yang telah aku panjat kepada Allah s.w.t.
Begitu lama aku tak duduk sejenak,berfikir tentang diri aku yang sebenar. Diri aku yang dan tujuan terciptanya aku.
Lupakah aku tentang kehebatan Al-Khaliq? Lemahnya aku, apa yang menerjah benak otak aku hanya la tentang kerja...kerja..kerja...
Penakutnya aku, apa yang mendebarkan aku hanya la takut dimarahi bos.HUh..Penat!!


-sasaran/matlamat/cita-cita-
Setelah mendapat straight A dalam segala macam 'exam', seseorang pelajar itu (khususnya tingkatan 5), akan meneruskan sasaran/matlamat/cita-citanya untuk melanjutkan pelajarannya ke peringat yang paling tinggi...
apa tidaknya, tangga gaji di zaman dunia modern ini, didasarkan di atas pencapaian
akademik seseorang makhluk itu (di baca manusia :) ).

Bagaimana pula sasaran/matlamat/cita-cita dihari muka,jika asyik sibuk dengan kerja, sehingga di dalam solat hanya "kerja" yang menjadi rukun qasad,ta'rud dan ta'yin (solat tak khusyuk) maka apa habuan yang di cari untuk di bawa bertemu Dia?


ya Allah, di dalam berjuang, jadikan iman sebagai pedangku, dan ikhlas sebagai perisaiku.


-betulkan niat-
Bukannya kerja yang aku nak persalahkan di sini, tetapi diri aku sendiri. Aku masih perlu mencari diri aku yang aku rasa telah hilang beberapa minggu yang lalu. Aku perlu fokus pada niat dan tujuan aku melakukan sesuatu. Di maki, di hamun, di tegur, semua yang dilakukan mereka hanya untuk membetulkan aku.
Aku tak perlu berasa gusar, kerana aku tahu apa yang aku lakukan hanya kerana Dia. Assesment Dia lah yang patut aku geruni, penilaian dari Dia la yang aku perlu bimbangkan.

Berborak dengan seorang surgeon sambil menyiapkan 'discharge summary', menyedarkan aku kerja bukan segala2nya.
Antara lain nasihat beliau "takpa anak ramai.meramaikan umat,bukan ramai saja,tapi kena ada quality. kita ni kerja,kerja jugak...tapi fikrah kena betul la"
Terhibur sejenak hati aku mendengar nasihat dari beliau ditambah dengan lawak-lawak hariraya qurban.
Sebelum adegan borak-berborak tu, dia baru me'reject' permohonan untuk CT scan yang aku kemukan untuk seorang patient. Alasan beliau kukuh, aku hanya mengangguk.haha.


-itu pun satu nikmat juga-
Tup,tup...salah seorang rakan aku nak tukar hari 'oncall' dengan aku. Alasan dia, kerana isterinya oncall pada hari tu,jadi dia nak biarlah dia dan isterinya oncall pada hari yang sama,sama-sama susah orang kata :)
Alhamdulillah, dapatlah aku beraya dengan keluarga tercinta.Raya haji pertama di Kelantan selepas 6 tahun.


loving heart, healing touch, insyaallah.


-terima kasih pada mereka-
Segala teguran-teguran, makian-mkian,umpatan-umpatan (kalau ada laa) yang aku terima saban hari, aku ucapkan terima kasih pada mereka.Hanya Allah yang dapat membalas.
Jika niat mereka untuk membetulkan dan menjadikan aku lebih tabah,jazakumullah khairan kathira aku ucapkan,
dan jika niat mereka untuk mengecil-ngecilkan kebolehan graduan dari Rusia ini,jika kami ini sebagai bahan ketawa bagi mereka disaat mereka berehat-rehat sambil menjamu selera,jazakumullah khairan kathira aku ucapkan.
Aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kami dan untuk mereka.
Aku akan berusaha memperbaiki diri dengan izinNya,insyaallah!!!

-TAQABBALALLAH MINNA WA MINKUM-
-SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA-



Thursday, November 4, 2010

-aku kini-

Cita-cita aku dulu,walau sesibuk mana pun,aku akan meluangkan masa 15minit-30 minit untuk menaip pos baru bagi mengisi blog yang tak seberapa ni.Ahh,malangnya tak kesampaian.
Aku akan cuba juga untuk menyuburkan kembali cita-cita yang pernah aku semai dulu,insyaallah.

-aku kini-
Apa yang aku nanti-nantikan dengan debaran telah aku lalui dan kini memasuki minggu yang keempat,alhamdulillah.
Memang benar cerita-cerita senior,kerinduaan pada zaman universiti dulu memang hadir,apa tidaknya bekerja dari 7 pagi hingga 12 malam untuk 2 minggu,
kaki sakit dan bengkak,makan tidak sempat,yang paling teruk,ketika solat hal-hal pekerjaan datang menerjah kepala otak,lantas hilang kemanisan dan khusyuk dalam solat.

Tapi,alhamdulillah selepas tamat masa 2 minggu pertama alam pekerjaan,hidup semakin teratur,ada masa rehatnya,tenangnya terasa kembali,ditambah pula dengan kesempatan bercuti hari jumaat.

2 minggu pertama bekerja di HRPZ 2 memang banyak mengundang stress pada masa yang sama banyak benda yang aku belajar.
Antara benda-benda baru yang aku dapat:
1) menentukan jenis-jenis botol yang betul untuk ujian-ujian darah yang berlainan.
2) menentukan borang-borang yang berlainan untuk ujian-ujian yang berlainan
3) mempelajari singkatan-singkatan perkataan yang diguna pakai dalam dokumentasi dan perbincangan medik
4) belajar cara untuk merujuk kes kepada jabatan dan hos
5) cara untuk mendapatkan tarikh Ultrasound/CT scan
6) cara untuk menempah operation theatre
7) belajar untuk mendengar dengan teliti dan menulis dengan cepat
8) berusaha untuk membiasakan diri dengan suasana kerja yang pantas

-yg paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang bertaqwa-

Harapan aku walau sesibuk mana kerja, aku masih ada masa untuk menunaikan tanggugjawab aku sebagai hamba Al-Khaliq dan sebagai anak insyaallah.

Setiap pagi akan ada benda-benda yang mamacu laju ke benak fikiran aku yang mengaktifkan 'sympathetic nerve' dan dengan izin Allah menyebabkan jantung aku berdegup dengan pantas.
Setiap pagi juga,aku tahu jika aku buat sesuatu kerana Allah dan mengharapkan balasan dari Allah, segala-galanya akan berjalan lancar, dan jika tidak lancar,aku masih mendapat balasan kerana apa
yang aku buat, I dedicate it all to Allah-alhamdulillah jiwa aku tenang semula.

Nasihat dari aku (yang baru sebulan jagung dalam profession ini) kepada adik-adik yang berada dalam bidang ini, mantapkan knowledge, master all the basic things, rajin-rajinlah membaca bahan-bahan
bacaan,buku-buku international.
Dan kepada semua,niatkan apa yang kita buat hanya kerana Allah-bukan kerana nak menonjolkan prestasi @ memuaskan hati bos.Jika prestasi bagus dan bos berpuas hati,itu hanya bonus yang dianugerahkan oleh Allah.



Sunday, September 5, 2010

Kepada sahabaku Wan yang kematian ibunya pagi tadi, takziah aku ucapkan. "Wan,Kuatkan dirimu, sabarlah yang paling baik untukmu. Aku yang berada jauh darimu hanya mampu mendoakan kebaikan ke atas kamu dan ibumu."

"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya"


"Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan kesabaran dan solat..." 2:45