Saturday, December 4, 2010

-Ya Allah,binakan aku satu rumah di Syurga-

"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaanmenghadapi kesulitan dan kesukaran" (Al-Balad:4)

Kesusahan memang akan mengiringi kehidupan seorang insan sampai nyawanya dicabut.Itu memang janji, itu memang kenyataan.
Itulah yang akan membezakan antara yang taat,yang sederhana taatnya dan yang tidak taat langsung.
Tapi Allah itu MAHA ADIL,setiap kesusahan akan diiringi dengan kemudahan.Tulang empat kerat, sepasang telinga, mata,otot-otot yang berkilo-kilo beratnya.
Semua itu tidak diciptakan sia-sia;salah satu hikmahnya,menggunakan setiap anggota yang dicipta untuk merungkai segala kesusahan yang dihadapi dengan izin ALLAH.


Rumah di dalam Syurga

“Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika dia berkata, “Ya Tuhanku, bangunkan untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya; serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.Dan Maryam puteri Imran
yang memelihara kehormatannya maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian dari ruh (ciptaan) Kami;dan dia membenarkan kalimat-kalimat Rabbnya dan Kitab-KitabNya dan adalah dia termasuk orang-orang yang taat” [at-Tahrim:11-12]

Sedang asyik khayal memikirkan banyak benda,tiba-tiba aku teringat ayat "Ya Allah binakanlah untukku sebuah rumah di dalam Syurga". Emm,fikir-fikir balik,layak ke aku seorang yang dhaif dan papa amalan ini untuk minta sebuah rumah dalam syurga.
Contohnya,kerja tak seberapa,kerja malas mintak nak gaji lebih dari majikan.
Betapa bertuah dua insan di dalam ayat ini, Asiyah binti Muzahim dan Maryam binti Imran.
Betapa banyak kesusahan yang telah mereka hadapi untuk melayakkan mereka mendapat tempat First Class dalam syurga.Memang berbalaoi!!
Kita yang hidup selesa, yang tak perlu berjuang untuk mempertahankan akidah, yang tak perlu bersusah payah untuk ke Masjid, tapi masih 'kadang-kadang' leka dengan tanggungjawab yang terpikul atas bahu.
Hidup selesa itu memang satu rahmat yang besar,tapi kadang-kadang hidup selesa itu la yang menyebabkan kemusnahan sesuatu golongan disebabkan kealpaan mereka terhadap misi dan visi juga tanggungjawab sebagai seorang muslim.
Kadang-kadang aku bertanya gak pada diri,apa yang aku dah buat sebagai makhluk yang memikul tanggungjawab yang besar ini??.Rasa seperti tiada.
Lantas soalan seterusnya, jadi apa yang aku aku bawa sebgai bekalan untuk aku bertemu Ar-Rahman Ar-Rahim nanti.

-Dunia itu penjara bagi orang mukmin-

Kesusahan

Kadang-kadang ditimpa kesusahan sedikit, diri ini terus 'down'!
Bayangkan bagaimana Asiah,Maryam seorang wanita (WANITA TUUU~~), dapat menahan kesusahan hidup dunia, masih kuat walaupun ditekan dan ditindas oleh pelbagai ragam kejahatan manusia.

Hidup di dunia ini memang susah, tapi ingat janji Allah, bersama susah itu,pasti ada senang.

Thursday, November 25, 2010

we still got time

-Bismillah-
"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa- dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

Merenung masa depan tak akan memberi apa-apa makna jika tak disertakan dengan keinginan untuk maju dan keinginan untuk melakukan pembaikan pada hasil yang telah sedia ada.
Begitu juga caranya untuk bermuhasabah...menghisab segala perbuatan,kemudian pembaikan dijalankan ke atas setiap inci kelemahan.
Begitu juga caranya untuk taubat;menyesal sahaja tidak cukup-perlu ada pembaikan (meninggalkan yang buruk dan berazam untuk tidak berpaling)
Setuju,sangat setuju..bukannya mudah untuk melakukan pembaikan.Kekadang niat sudah ada,tetapi terhenti di tengah jalan dek kerana tidak tinggi keazamannya.

"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya
bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun
bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya Tuhan kami, rahmat dan
ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang
bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang
bernyala-nyala, ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka kedalam surga 'Adn yang telah
Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak -bapak
mereka, dan istri-istri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah
Yang maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan)
kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari(pembalasan?)kejahatan pada hari
itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah
kemenangan yang besar." (QS.Ghaafir: 7-9).

-Ugutan-
Perjumpaan dengan supervisor HO tempoh hari betul-betul menakutkan aku.
"Bagi hoausmen2 yang graduated dari luar negara ,sila kerja keras sikit la,pencapaian anda masih di tahap tak memuaskan" (lebih kurang begitu la ucapan beliau).
Untuk mengatakan itu satu ugutan mungkin keterlaluan...mungkin itu adalah satu 'saranan' untuk lebik proaktif dan maju,insyaallah.

-Pertama Kali-
Gembira??Alhamdulillah.Pertama kalinya hadiah senyuman dari MO aku setelah mereka berpuas hati dengan summary case yang telah aku tulis.
"Apa awak rasa bila dapat tulis summary macam ni,seronokkan??Ni tak,tulis summary tah pah ape."
Setelah beberapa percubaan tak jadi,akhirnya alhamdulillah.haha.
(case: 56-year-old,orang asli lady. Day19 Post Exploratory Laparotomy.Post op diagnosis:Fecal Peritonitis secondary to perforated amoebic colitis)
Dapat satu perkataan orang asli, 'pejet'=sakit.:)

-Belanja sekali sekala-
Sempat juga aku ambil peluang 'menjamu nafsu makan' aku di kala kehangatan expo "Cheng Ho" di Kota Bharu. Walaupun apa yang aku beli tu bukan makanan Cina (terlalu ramai orang di kiosk makanan cina,malas nak menunggu),
tapi masih boleh mengenyangkan perut aku dan menggembirakan seisi keluarga,alhamdulillah.

~~merindui masa lampau,tapi kaki harus terus melangkah,dengan penuh kekuatan,dengan rahmatNya insyaallah~~







Tuesday, November 16, 2010

-aku kini episode 2-

-dimanakah aku-
Memikirkan betapa banyak nikmat Allah yang telah Allah kurniakan pada aku, terdetik di hati aku berapa banyakkkah rasa syukur yang telah aku panjat kepada Allah s.w.t.
Begitu lama aku tak duduk sejenak,berfikir tentang diri aku yang sebenar. Diri aku yang dan tujuan terciptanya aku.
Lupakah aku tentang kehebatan Al-Khaliq? Lemahnya aku, apa yang menerjah benak otak aku hanya la tentang kerja...kerja..kerja...
Penakutnya aku, apa yang mendebarkan aku hanya la takut dimarahi bos.HUh..Penat!!


-sasaran/matlamat/cita-cita-
Setelah mendapat straight A dalam segala macam 'exam', seseorang pelajar itu (khususnya tingkatan 5), akan meneruskan sasaran/matlamat/cita-citanya untuk melanjutkan pelajarannya ke peringat yang paling tinggi...
apa tidaknya, tangga gaji di zaman dunia modern ini, didasarkan di atas pencapaian
akademik seseorang makhluk itu (di baca manusia :) ).

Bagaimana pula sasaran/matlamat/cita-cita dihari muka,jika asyik sibuk dengan kerja, sehingga di dalam solat hanya "kerja" yang menjadi rukun qasad,ta'rud dan ta'yin (solat tak khusyuk) maka apa habuan yang di cari untuk di bawa bertemu Dia?


ya Allah, di dalam berjuang, jadikan iman sebagai pedangku, dan ikhlas sebagai perisaiku.


-betulkan niat-
Bukannya kerja yang aku nak persalahkan di sini, tetapi diri aku sendiri. Aku masih perlu mencari diri aku yang aku rasa telah hilang beberapa minggu yang lalu. Aku perlu fokus pada niat dan tujuan aku melakukan sesuatu. Di maki, di hamun, di tegur, semua yang dilakukan mereka hanya untuk membetulkan aku.
Aku tak perlu berasa gusar, kerana aku tahu apa yang aku lakukan hanya kerana Dia. Assesment Dia lah yang patut aku geruni, penilaian dari Dia la yang aku perlu bimbangkan.

Berborak dengan seorang surgeon sambil menyiapkan 'discharge summary', menyedarkan aku kerja bukan segala2nya.
Antara lain nasihat beliau "takpa anak ramai.meramaikan umat,bukan ramai saja,tapi kena ada quality. kita ni kerja,kerja jugak...tapi fikrah kena betul la"
Terhibur sejenak hati aku mendengar nasihat dari beliau ditambah dengan lawak-lawak hariraya qurban.
Sebelum adegan borak-berborak tu, dia baru me'reject' permohonan untuk CT scan yang aku kemukan untuk seorang patient. Alasan beliau kukuh, aku hanya mengangguk.haha.


-itu pun satu nikmat juga-
Tup,tup...salah seorang rakan aku nak tukar hari 'oncall' dengan aku. Alasan dia, kerana isterinya oncall pada hari tu,jadi dia nak biarlah dia dan isterinya oncall pada hari yang sama,sama-sama susah orang kata :)
Alhamdulillah, dapatlah aku beraya dengan keluarga tercinta.Raya haji pertama di Kelantan selepas 6 tahun.


loving heart, healing touch, insyaallah.


-terima kasih pada mereka-
Segala teguran-teguran, makian-mkian,umpatan-umpatan (kalau ada laa) yang aku terima saban hari, aku ucapkan terima kasih pada mereka.Hanya Allah yang dapat membalas.
Jika niat mereka untuk membetulkan dan menjadikan aku lebih tabah,jazakumullah khairan kathira aku ucapkan,
dan jika niat mereka untuk mengecil-ngecilkan kebolehan graduan dari Rusia ini,jika kami ini sebagai bahan ketawa bagi mereka disaat mereka berehat-rehat sambil menjamu selera,jazakumullah khairan kathira aku ucapkan.
Aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kami dan untuk mereka.
Aku akan berusaha memperbaiki diri dengan izinNya,insyaallah!!!

-TAQABBALALLAH MINNA WA MINKUM-
-SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA-