Thursday, November 25, 2010

we still got time

-Bismillah-
"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa- dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

Merenung masa depan tak akan memberi apa-apa makna jika tak disertakan dengan keinginan untuk maju dan keinginan untuk melakukan pembaikan pada hasil yang telah sedia ada.
Begitu juga caranya untuk bermuhasabah...menghisab segala perbuatan,kemudian pembaikan dijalankan ke atas setiap inci kelemahan.
Begitu juga caranya untuk taubat;menyesal sahaja tidak cukup-perlu ada pembaikan (meninggalkan yang buruk dan berazam untuk tidak berpaling)
Setuju,sangat setuju..bukannya mudah untuk melakukan pembaikan.Kekadang niat sudah ada,tetapi terhenti di tengah jalan dek kerana tidak tinggi keazamannya.

"(Malaikat-malaikat) yang memikul 'arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya
bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun
bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya Tuhan kami, rahmat dan
ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang
bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang
bernyala-nyala, ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka kedalam surga 'Adn yang telah
Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang saleh di antara bapak -bapak
mereka, dan istri-istri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah
Yang maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, dan peliharalah mereka dari (balasan)
kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari(pembalasan?)kejahatan pada hari
itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah
kemenangan yang besar." (QS.Ghaafir: 7-9).

-Ugutan-
Perjumpaan dengan supervisor HO tempoh hari betul-betul menakutkan aku.
"Bagi hoausmen2 yang graduated dari luar negara ,sila kerja keras sikit la,pencapaian anda masih di tahap tak memuaskan" (lebih kurang begitu la ucapan beliau).
Untuk mengatakan itu satu ugutan mungkin keterlaluan...mungkin itu adalah satu 'saranan' untuk lebik proaktif dan maju,insyaallah.

-Pertama Kali-
Gembira??Alhamdulillah.Pertama kalinya hadiah senyuman dari MO aku setelah mereka berpuas hati dengan summary case yang telah aku tulis.
"Apa awak rasa bila dapat tulis summary macam ni,seronokkan??Ni tak,tulis summary tah pah ape."
Setelah beberapa percubaan tak jadi,akhirnya alhamdulillah.haha.
(case: 56-year-old,orang asli lady. Day19 Post Exploratory Laparotomy.Post op diagnosis:Fecal Peritonitis secondary to perforated amoebic colitis)
Dapat satu perkataan orang asli, 'pejet'=sakit.:)

-Belanja sekali sekala-
Sempat juga aku ambil peluang 'menjamu nafsu makan' aku di kala kehangatan expo "Cheng Ho" di Kota Bharu. Walaupun apa yang aku beli tu bukan makanan Cina (terlalu ramai orang di kiosk makanan cina,malas nak menunggu),
tapi masih boleh mengenyangkan perut aku dan menggembirakan seisi keluarga,alhamdulillah.

~~merindui masa lampau,tapi kaki harus terus melangkah,dengan penuh kekuatan,dengan rahmatNya insyaallah~~







Tuesday, November 16, 2010

-aku kini episode 2-

-dimanakah aku-
Memikirkan betapa banyak nikmat Allah yang telah Allah kurniakan pada aku, terdetik di hati aku berapa banyakkkah rasa syukur yang telah aku panjat kepada Allah s.w.t.
Begitu lama aku tak duduk sejenak,berfikir tentang diri aku yang sebenar. Diri aku yang dan tujuan terciptanya aku.
Lupakah aku tentang kehebatan Al-Khaliq? Lemahnya aku, apa yang menerjah benak otak aku hanya la tentang kerja...kerja..kerja...
Penakutnya aku, apa yang mendebarkan aku hanya la takut dimarahi bos.HUh..Penat!!


-sasaran/matlamat/cita-cita-
Setelah mendapat straight A dalam segala macam 'exam', seseorang pelajar itu (khususnya tingkatan 5), akan meneruskan sasaran/matlamat/cita-citanya untuk melanjutkan pelajarannya ke peringat yang paling tinggi...
apa tidaknya, tangga gaji di zaman dunia modern ini, didasarkan di atas pencapaian
akademik seseorang makhluk itu (di baca manusia :) ).

Bagaimana pula sasaran/matlamat/cita-cita dihari muka,jika asyik sibuk dengan kerja, sehingga di dalam solat hanya "kerja" yang menjadi rukun qasad,ta'rud dan ta'yin (solat tak khusyuk) maka apa habuan yang di cari untuk di bawa bertemu Dia?


ya Allah, di dalam berjuang, jadikan iman sebagai pedangku, dan ikhlas sebagai perisaiku.


-betulkan niat-
Bukannya kerja yang aku nak persalahkan di sini, tetapi diri aku sendiri. Aku masih perlu mencari diri aku yang aku rasa telah hilang beberapa minggu yang lalu. Aku perlu fokus pada niat dan tujuan aku melakukan sesuatu. Di maki, di hamun, di tegur, semua yang dilakukan mereka hanya untuk membetulkan aku.
Aku tak perlu berasa gusar, kerana aku tahu apa yang aku lakukan hanya kerana Dia. Assesment Dia lah yang patut aku geruni, penilaian dari Dia la yang aku perlu bimbangkan.

Berborak dengan seorang surgeon sambil menyiapkan 'discharge summary', menyedarkan aku kerja bukan segala2nya.
Antara lain nasihat beliau "takpa anak ramai.meramaikan umat,bukan ramai saja,tapi kena ada quality. kita ni kerja,kerja jugak...tapi fikrah kena betul la"
Terhibur sejenak hati aku mendengar nasihat dari beliau ditambah dengan lawak-lawak hariraya qurban.
Sebelum adegan borak-berborak tu, dia baru me'reject' permohonan untuk CT scan yang aku kemukan untuk seorang patient. Alasan beliau kukuh, aku hanya mengangguk.haha.


-itu pun satu nikmat juga-
Tup,tup...salah seorang rakan aku nak tukar hari 'oncall' dengan aku. Alasan dia, kerana isterinya oncall pada hari tu,jadi dia nak biarlah dia dan isterinya oncall pada hari yang sama,sama-sama susah orang kata :)
Alhamdulillah, dapatlah aku beraya dengan keluarga tercinta.Raya haji pertama di Kelantan selepas 6 tahun.


loving heart, healing touch, insyaallah.


-terima kasih pada mereka-
Segala teguran-teguran, makian-mkian,umpatan-umpatan (kalau ada laa) yang aku terima saban hari, aku ucapkan terima kasih pada mereka.Hanya Allah yang dapat membalas.
Jika niat mereka untuk membetulkan dan menjadikan aku lebih tabah,jazakumullah khairan kathira aku ucapkan,
dan jika niat mereka untuk mengecil-ngecilkan kebolehan graduan dari Rusia ini,jika kami ini sebagai bahan ketawa bagi mereka disaat mereka berehat-rehat sambil menjamu selera,jazakumullah khairan kathira aku ucapkan.
Aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kami dan untuk mereka.
Aku akan berusaha memperbaiki diri dengan izinNya,insyaallah!!!

-TAQABBALALLAH MINNA WA MINKUM-
-SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA-



Thursday, November 4, 2010

-aku kini-

Cita-cita aku dulu,walau sesibuk mana pun,aku akan meluangkan masa 15minit-30 minit untuk menaip pos baru bagi mengisi blog yang tak seberapa ni.Ahh,malangnya tak kesampaian.
Aku akan cuba juga untuk menyuburkan kembali cita-cita yang pernah aku semai dulu,insyaallah.

-aku kini-
Apa yang aku nanti-nantikan dengan debaran telah aku lalui dan kini memasuki minggu yang keempat,alhamdulillah.
Memang benar cerita-cerita senior,kerinduaan pada zaman universiti dulu memang hadir,apa tidaknya bekerja dari 7 pagi hingga 12 malam untuk 2 minggu,
kaki sakit dan bengkak,makan tidak sempat,yang paling teruk,ketika solat hal-hal pekerjaan datang menerjah kepala otak,lantas hilang kemanisan dan khusyuk dalam solat.

Tapi,alhamdulillah selepas tamat masa 2 minggu pertama alam pekerjaan,hidup semakin teratur,ada masa rehatnya,tenangnya terasa kembali,ditambah pula dengan kesempatan bercuti hari jumaat.

2 minggu pertama bekerja di HRPZ 2 memang banyak mengundang stress pada masa yang sama banyak benda yang aku belajar.
Antara benda-benda baru yang aku dapat:
1) menentukan jenis-jenis botol yang betul untuk ujian-ujian darah yang berlainan.
2) menentukan borang-borang yang berlainan untuk ujian-ujian yang berlainan
3) mempelajari singkatan-singkatan perkataan yang diguna pakai dalam dokumentasi dan perbincangan medik
4) belajar cara untuk merujuk kes kepada jabatan dan hos
5) cara untuk mendapatkan tarikh Ultrasound/CT scan
6) cara untuk menempah operation theatre
7) belajar untuk mendengar dengan teliti dan menulis dengan cepat
8) berusaha untuk membiasakan diri dengan suasana kerja yang pantas

-yg paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang bertaqwa-

Harapan aku walau sesibuk mana kerja, aku masih ada masa untuk menunaikan tanggugjawab aku sebagai hamba Al-Khaliq dan sebagai anak insyaallah.

Setiap pagi akan ada benda-benda yang mamacu laju ke benak fikiran aku yang mengaktifkan 'sympathetic nerve' dan dengan izin Allah menyebabkan jantung aku berdegup dengan pantas.
Setiap pagi juga,aku tahu jika aku buat sesuatu kerana Allah dan mengharapkan balasan dari Allah, segala-galanya akan berjalan lancar, dan jika tidak lancar,aku masih mendapat balasan kerana apa
yang aku buat, I dedicate it all to Allah-alhamdulillah jiwa aku tenang semula.

Nasihat dari aku (yang baru sebulan jagung dalam profession ini) kepada adik-adik yang berada dalam bidang ini, mantapkan knowledge, master all the basic things, rajin-rajinlah membaca bahan-bahan
bacaan,buku-buku international.
Dan kepada semua,niatkan apa yang kita buat hanya kerana Allah-bukan kerana nak menonjolkan prestasi @ memuaskan hati bos.Jika prestasi bagus dan bos berpuas hati,itu hanya bonus yang dianugerahkan oleh Allah.